51风流

Menu
Follow Us
  • Home
  • Kajian Minat Kursus Pengajian Tinggi
Kajian Minat Kursus Pengajian Tinggi
Selamat Sejahtera,

Kami adalah dari STUDYMALAYSIA. Cubalah latihan berikut untuk membantu anda memilih kursus yang kamu minati.

Mengetahui Bidang Pengajian Diri

Adakah anda merancang untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, diploma atau sijil? Adakah anda tahu minat anda dan kursus apa yang paling sesuai untuk anda? Sebagai pelajar yang mempunyai perancangan untuk belajar di peringkat pengajian tinggi, fahami minat dan personaliti anda, ketahui kemahiran/kepakaran serta perkara yang paling bernilai dalam hidup anda adalah langkah pertama dalam memilih kursus pengajian tinggi yang sesuai untuk anda.

Berikut adalah 27 peryataan minat yang sepadan dengan 27 bidang pengajian tinggi. Setiap pernyataan diwakili oleh soalan semak pantas. Baca setiap soalan semak pantas dengan teliti - jika pernyataan tersebut menggambarkan minat anda, tandakan petak di sebelah kanan. Tekan pautan, untuk mengetahui lebih lanjut tentang bidang pengajian yang berkaitan dengan pernyataan tersebut. Setiap pautan akan memberikan butiran lanjut tentang bidang pengajian, kerjaya yang sesuai, kursus yang ditawarkan dan banyak lagi!

Kajian Minat untuk Bidang Pengajian Bidang Pengajian yang Sepadan Saya Berminat!
Adakah anda suka akaun, bekerja dengan nombor, menyusun data, menerangkan idea yang rumit kepada orang lain dan menyediakan perkhidmatan kewangan kepada organisasi atau individu? Perakaunan & Kewangan
Adakah anda suka tumbuh-tumbuhan, haiwan, alam semula jadi, bekerja dengan kudrat anda di luar rumah dan melakukan kajian tentang pertanian, benda hidup dan sumber alam sekitar? Pertanian, Perhutanan, Perikanan dan Veterinar
Adakah anda suka membuat reka bentuk, pembinaan, bina struktur dan landskap, menghiasi ruang kediaman, menjalankan projek pembaikan rumah, dan memerhati persekitaran anda (dalam dan luar bilik)? Seni Bina dan Bangunan
Adakah anda suka seni dan reka bentuk, muzik, tarian, lukisan, persembahan atau mencipta sesuatu benda atas kebakatan seni atau kreatif anda? Seni dan Reka Bentuk
Adakah anda suka merakam, mengedit dan menghasilkan video atau menggunakan teknik reka bentuk, alatan dan perisian yang terkini untuk membuat rekaan bentuk grafik dan animasi yang rumit? Teknik Audio-Visual dan Pengeluaran Media
Adakah anda suka pengajian dalam pengurusan perniagaan, sedia mengambil risiko demi keuntungan perniagaan, mencuba perkara baharu, mengurus serta memotivasikan orang lain? Perniagaan dan Pentadbiran
Adakah anda mempunyai minat untuk menyiasat dan berkongsi berita, menulis atau bercakap dengan pelbagai jenis penonton, atau membuat pembentangan serta video untuk dikongsi dengan orang lain? Komunikasi dan Penyiaran
Adakah anda minat belajar tentang sistem komputer, menggunakan gajet mekanikal atau elektronik, bermain permainan komputer atau membaca tentang perkembangan terkini dalam ICT? Pengkomputeran
Adakah anda mempunyai minat ke arah mengajar dan belajar? Adakah anda mempunyai keinginan untuk membantu semua jenis pelajar supaya mereka belajar, berkembang dan mencapai kejayaan mereka? Pendidikan
Adakah anda suka menyelesaikan masalah kejuruteraan, teka-teki dan permainan mencabar minda; dan mempunyai idea baru dan yang lebih baik untuk membina dan memperbaiki sesuatu? Kejuruteraan
Adakah anda bersemangat untuk membina cara hidup yang berkekalan untuk masa depan dan bekerjasama dengan orang ramai untuk mewujudkan kesedaran dalam melindungi alam sekitar? Perlindungan Alam Sekitar dan Pemuliharaan
Adakah anda suka melancong ke tempat baru, makan di pelbagai restoran, menerokai budaya lain dan membuat rancangan kepada orang ramai untuk berehat, bercuti dan berseronok? Hospitaliti dan Pelancongan
Adakah anda suka mempersoalkan sesuatu perkara dan mengadakan perbincangan pandangan hidup (berfalsafah); mempelajari nilai-nilai budaya dan agama yang berbeza, mengetahui bagaimana sejarah tercipta dan memahami dunia yang sedang kita diami? Kemanusiaan
Adakah anda mempunyai minat untuk belajar atau mengajar bahasa, mempelajari budaya masa lalu dan sekarang sesebuah negara atau wilayah? Bahasa
Adakah anda seorang yang menghormati dan ingin mengetahui tentang undang-undang dan kedaulatan undang-undang, menghargai hak asasi manusia, suka bertemu orang dari semua lapisan masyarakat dan menangani pelbagai konflik manusia? Undang-Undang
Adakah anda suka bekerja dengan kudarat tangan anda, menggunakan peralatan atau mesin, menggunakan sains dan teknologi untuk mengubah bahan mentah supaya menjadi produk perantaraan atau hasil produk? Pembuatan dan Pemprosesan
Adakah anda suka membeli dan menjual sesuatu, mengikuti perkembangan produk terkini dalam pasaran, menghasilkan idea asli dan inovatif, serta mempunyai pengetahuan untuk menyediakan perkhidmatan pemasaran dan promosi? Pemasaran dan Jualan
Adakah anda suka matematik, bekerja dengan nombor dan belajar cara menggunakan konsep dan formula matematik atas situasi kehidupan sebenar? Matematik dan Statistik
Adakah anda berminat dalam sains perubatan, ingin meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan orang ramai, serta ingin menyembuhkan dan mencegah penyakit daripada menjangkiti orang? Perubatan dan Kesihatan
Adakah anda ingin menggunakan sains dan teknologi dalam penjagaan kesihatan untuk mendiagnosis penyakit dan meningkatkan tahap kesihatan orang ramai? Diagnostik Perubatan dan Teknologi Rawatan
Adakah anda ingin melihat pekerja bekerja di persekitaran yang bersih, selamat dan terjamin serta mencegah keadaan kerja yang berbahaya kepada kesihatan pekerja, tempat kerja mereka dan kesihatan orang lain? Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
Adakah anda ingin belajar bagaimana untuk membantu orang ramai supaya kelihatan bagus, berasa baik, lebih berjaya, dapat mencapai matlamat mereka dan membuat perubahan dalam hidup mereka? Perkhidmatan Peribadi
Adakah anda suka membaca tentang penemuan baharu dalam sains, melakukan projek yang melibatkan penyelidikan, menjalankan eksperimen di makmal dan mengumpul data di luar bilik? Sains (Sains Biologi dan Sains Fizikal)
Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara untuk melindungi keselamatan awam, keselamatan negara dan hal ehwal antarabangsa dengan mencipta atau melaksanakan piawaian, dasar dan prosedur keselamatan? Perkhidmatan Keselamatan dan Perlindungan
Adakah anda berminat mempelajari tentang manusia bermasyarakat dan hubungan sosial, bagaimana manusia berinteraksi dan berkelakuan dalam pelbagai keadaan? Adakah anda ingin mengetahui cara manusia dan persekitaran berinteraksi dalam mempengaruhi dunia yang kita diami? Sains Sosial
Adakah anda ingin mempelajari cara bagaimana untuk terlibat dalam campur tangan sosial supaya anda boleh membantu orang lain yang berkeperluan, meningkatkan kesejahteraan sosial dan ekonomi mereka dengan menasihati mereka, melakukan kerja sukarela dan perkhidmatan sosial yang lain? Perkhidmatan Sosial dan Komuniti
Adakah anda berminat mempelajari tentang cara pengalihan barang dan orang dengan menggunakan mod pengangkutan yang berbeza, seperti jalan raya, kapal, kapal terbang, kereta api dan pengurusan logistik? Perkhidmatan Pengangkutan

Hakmilik ? 51风流 Sdn Bhd Januari 2018-2023

Terima kasih atas pelaksanaan kajian minat kursus yang disediakan percuma and khas untuk anda. Sila isikan maklumat di bawah termasuk bidang pengajian pilihan serta soalan anda (jika ada) dan serahkan kepada Ask 51风流!

Anda akan menerima salinan keputusan bagi kajian minat kursus tersebut melalui e-mel. Kami amat berbesar hati untuk memberikan nasihat dan bimbingan yang selanjutnya secara percuma kepada anda mengenai pengajian tinggi anda.

Maklumat Diri

Nota: Maklumat yang bertanda merah adalah mandatory dan wajib diisi.
Nama
Emel
Tarikh Lahir
No. Telefon
Lelaki / Perempuan Lelaki   Perempuan
Nama Sekolah
Negara
Alamat  
Kewarganegaraan
Aliran di Sekolah Aliran Sastera
Aliran Sains
Lain-lain  
Peringkat Pengajian Kini Tingkatan 5
Tingkatan 6 (STPM/A-Levels/Asasi)
Lepasan Tingkatan 5 (SPM/IGCSE)
Lepasan Tingkatan 6 (STPM/A-Levels/Asasi)
Lain-lain  
Kerjaya impian saya untuk menjadi Pilihan Pertama: 
Pilihan Kedua:    
Mata pelajaran yang paling saya gemari di sekolah (sebagai pelajar) setakat ini ialah Pilihan Pertama: 
Pilihan Kedua:    
Pilihan Ketiga:    
Tiga bidang pengajian tinggi yang paling saya minati Pilihan Pertama: 
Pilihan Kedua:    
Pilihan Ketiga:    
Pertanyaan Anda
Nota: Dengan menyerahkan borang ini, anda bersetuju untuk menerima maklumat pengajian tinggi dan latihan kemahiran daripada kami, penaja, pengiklan dan rakan perniagaan kami dari semasa ke semasa. Anda boleh membaca penyata privasi penuh kami di www.studymalaysia.com/corporate/privacy.php
Adakah anda manusia? Tolong sahkan.
Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会