Program pengajian ini menumpukan kepada aspek-aspek teori dan amali dalam bidang sains biologi yang merangkumi pengkelasan taksonomi, genetik, ekologi, fisiologi, biologi sel, histologi, anatomi, biostatistik dan perkembangan organisma dalam kedua-dua alam haiwan dan tumbuhan. Program ini bertujuan melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan luas dan mendalam dari segi teori dan amali dalam bidang biologi melalui penawaran kursus-kursus teras program dan disokong oleh kursus-kursus wajib dalam bidang keusahawanan, komunikasi dan kemasyarakatan.
Kelayakan Minimum Diploma/Setaraf?
Syarat Am Universiti
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
dan
Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;
atau
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2010 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya;
dan
dan?
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Keperluan Khas Program?
Bagi calon lepasan STPM / Matrikulasi tahun 2010 atau sebelumnya: Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mata pelajaran berikut:
Kelayakan Minimum STPM?
Syarat Am Universiti Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.
dan?
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurangkurangnya:
dan
Keperluan Khas Program?
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan program Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) adalah seperti berikut :